Sunday, December 30, 2012

Jadi Rockstar hebat

"Hendak jadi orang hebat..tak perlu kena dadah"..

ya,aku punya sahabat..kenal sudah lama
main musik sama sama..
otak juga sama gila..

wahai sahabat..engkau dah jauh jalan..
jiwamu dengan musik bukan cikai cikai..
nafsumu dengan gitar memang aku tak boleh sangkal.
semua kord gitar kau boleh bedal..

wahai sahabat..engkau benar benar ligat..
gaya "rockstar"mu buat semua mata terpikat..
rambut panjangmu yg  berselirat
buat orang tak henti melihat..

tapi sahabat..kau dah jauh sesat..
kau punya satu sifat..
yang buat aku tak selesa nak lihat..
yang buat aku rasa "lu.. gua nak rembat"..

kau kata dia bagi semangat
dia buat kau hebat..
dia bagi kau idea pekat likat
boleh tulis lagu penuh hayat

wahai sahabat..aku berdoa untuk mu
supaya kembali sihat..
tak perlu guna "ubat kuat"
untuk kau jadi hebat..

akhir kata sahabat
pulanglah kedunia asal kita
disini penuh khayalan semata
sedutan dadah itu hanya derita sebenarnya
yang bakal menjelma bila kau kelak tua...




Wednesday, December 26, 2012

Cakap sendiri

Bercakap guna hati kadang kadang aku sendiri buta hati
melihat guna mata kadang kadang aku sendiri buta tuli
entahlah..pelik ya diri sendiri ini, mungkin pelik..bukan kehidupan..
manusia itu sendiri yg pelik..kadang kadang tak mahu terima kenyataan...
sedah penat harung kehidupan..aku redha..kadang kala aku pasrah..
entah apa aku cari sebenarnya..jarang aku macam ini ..
gila apa tiba tiba datang macam ni..sabarlah mungkin sedang diuji..
uji selagi aku mampu..hidup rentas sebagai manusia di bumi ini..ya aku berkata soal kehidupan..hidup aku..yang datang ke dunia REALITI!


Sunday, December 23, 2012

Hukum

"Jika dia didalam jalan sesat..berinya ruang untuk keluar..mencari yang benar bukan terus menghukumnya serta merta melainkan engkau tidak pernah melakukan DOSA"..

Bila cakap senang

"Hidup memang mudah bila CAKAP..memang berat bila LALU"....
tak caya cuba lu orang kasi lalu...kalau susah..pelan pelan kasi lalu ok...

Monday, December 17, 2012

Tuan Anggota

Dulu aku punya kaki untuk berdiri,
Dulu aku punya tangan untuk pegang,

Dulu aku punya mata untuk lihat,
Dulu aku punya otak untuk fikir...

KINI.....


Kaki aku dicabut lari..
Tangan aku ditarik putus..
Mata aku dikorek rakus..
Otak aku dicincang halus...


KINI..cuma ada mata hati..kaki hati...tangan hati..otak hati...yang buat hidup aku terus beerti...moga disaat ini aku memohon secebis keizinan Tuhan moga diberi segala kenikmatan..agar aku terus bertahan..dan aku tahu betapa siksa hidup tanpa nikmat mu Tuhan..

Thursday, December 13, 2012

Pecah otak

Dalam kepala ada otak..dalam otak ada sel sel yang pintar..tapi sekarang otak tengah gila..mohon tolong pulih semula...mohon hancur semua yang kotor kotor..mohon lebur semua hitam hitam..biar tenang..biar lapang lengang seluas padang..tolong aku tolong otak.."KASI PECAH"...

Wednesday, December 12, 2012

RODA

Jatuh..bangun......jatuh balik..bangun balik..
Lari..jalan............lari balik..jalan balik...
Duduk..berdiri.....duduk balik..berdiri balik..
Gelak..sedih.........gelak balik..sedih balik..
Mula..berhenti......mula balik..henti balik..
Ulang-ulang sampai mati..


"Hidup ini benar seperti RODA pusing pusing macam diatas ni"...


Tuesday, December 4, 2012

JIKA

Jika diizin oleh Tuhan semua yang derita mahu aku gembirakan
Jika diizin oleh Tuhan semua yang susah mahu aku senangkan
Jika diizin oleh Tuhan semua yang sakit mahu aku sembuhkan
Jika diizin oleh Tuhan semua yang pilu mahu aku rawatkan..

"kegembiraan aku adalah melihat orang lain gembira"..

Monday, December 3, 2012

Mahu?

"Jika semua mahu ke bulan bintang atas sana..berebut rebut..baik aku terjun dalam dalam sampai 7 kerak bumi..biar panas hancur lebur..janji aku aman..aman sorang sorang..mahu?"

Sunday, December 2, 2012

Kurang Faham

"Adakala kau tak faham..bukan kerana kau bodoh atau buta tuli..kerana kau KURANG FAHAM..sekarang faham?"

Hampa

"kau mendoakan dia bahagia sedangkan kau  pura pura bahagia..kau dilamun derita"..

Saturday, December 1, 2012

Bendera Putih

Andai kata suatu hari nanti
kaki aku tidak lagi mampu berdiri
tidak lagi mampu berlari
walau kaki ku rebah mati sekali

Percayalah..
tidak sesekali akan aku kibarkan "Bendera Putih" ke udara..
tanda kekalahan..
kerana PERJUANGAN aku tak pernah sepi
sehingga aku bertemu pintu "MATI"..

Thursday, November 29, 2012

Dendam

balasan yang dituntut bertahun berlandaskan janji..jadi DENDAM yang paling keji dalam diri...setiap ungkapan benci yang lahir menuntut hak diri sendiri..apa akan ada ruang ampun untuk memaafkan setiap dendam yang tercipta dari diri ini.

Thursday, November 22, 2012

Mereka Lupa

‎"Mereka masih lagi lupa..yg mereka sedang bahaya..mereka lagi lupa yg mereka sedang alpa..mereka masih lagi lupa..pada bencana bakal tiba..mereka masih lagi lupa bahawa derita hampir tiba"..

Wednesday, November 21, 2012

Ketentuan

"Disebuah ketentuan yang ditentukan oleh Tuhan"...aku diam sambil tunggu keputusan..

Monday, November 12, 2012

Antara kenal dan terkenal

Manusia masih lagi pandang manusia
memilih siapa manusia diantara manusia
tidakkah Tuhan itu jadikan manusia semua sama.
tidakkah kau sedar kita hidup berkelilingkan manusia
jadi jangan mudah memandang hina sesama kita.
kita punya satu sifat yang orang lain juga punya sifat itu..
sedarkah kita tidak punya apa apa di dunia ini melainkan manusia.
bezanya cuma kaya atau miskin diantara kita..
berpangkat atau tidak diantara kita..
sempurna sifat atau tidak antara kita..
pokoknya kita di mata Allah tetap sama..hamba Tuhan
sedarlah yang kita ini sebenarnya seorang hamba yang tidak ada apa
kenapa harus memilih siapa setiap diantara kita..
bukan aku mengkeji cuma mengingati sesama kita dan diri sendiri..
ubah lah darjat manusia dimata kau..moga adil saksama menilainya..

Sunday, November 11, 2012

Wajah

Sebelum jumaat itu..aku duduk melihat wajah ku dikaca skrin telefon bimbit,tenung-tenung makin tenung, makin cerita pelbagai cerita..makin cerita pelbagai cerita..makin tertanda seribu tanya..adakah aku kenal siapa diri aku?

Wednesday, October 31, 2012

Diantara tidur di atas tilam empuk berbumbung atap batuan..dan juga tidur di atas kaki lima berbumbungkan langit..TERNYATA..mimpi yang serupa juga dialaminya keduanya..

Perjalanan

"Makan untuk terus hidup..dan hidup adalah persedian untuk mati..dan mati itu adalah kehidupan yang sejati"..

Sunday, October 28, 2012

Anak Kecil

Benar aku si pencuri itu..
mencuri sebiji gula gula
kenapa mencuri?
kerana aku tak punya duit..
kenapa tak punya?
kerana aku orang miskin

bapak ku pengutip besi buruk
ibu ku pencari botol kosong
keluargaku tidak kaya..
keluargaku tidak punya harta
keluargaku papa kedana

tapi aku juga mahu gembira
seperti kanak kanak lain
bisa makan enak enak
bisa makan manis manis
tapi aku miskin

apa yang mampu hanya nasi dan garam
itu jika mampu,jika tidak hanya ubi rebus
kenapa aku begini?
salah Tuhankah?
salah bapakah?
salah ibukah?

aku mahu sekolah
tapi aku miskin
aku mahu baju baru
tapi aku miskin
aku mahu mainan baru
tapi aku miskin


walau aku miskin
aku masih syukur
punya keluarga tempat berteduh
aku punya Tuhan
aku punya suatu hari yang aku berjanji
suatu hari nanti keluargaku tidak lagi begini.


Anak kecil,dia juga punya keinginan.





Saturday, October 27, 2012

Taman Kanak Kanak

Sepetang aku di taman ini dimana aku membesar..melihat dan belajar..kenangan,ya aku becakap soal kenangan..setiap kali aku pulang ke sini,pasti aku merasa pelbagai kenangan..dari pagar rumah sampai ke ruang dapur sampai ke pintu belakang..aku mampu tersenyum mengingatkan kenangan..dirumah pusaka ini..rumah arwah atuk dan nenda..rumah dimana aku membesar..Al-Fatihah buat mereka.

Tempat kenangan

Thursday, October 25, 2012

Hey brader!

"Hey brader..lu sabar sikit..sekarang lu susah tak kan selama-lamanya susah..tunggu brader..sabar..Tuhan maha adil!..pecayalah"...kata roh gua pada jasad..

Wednesday, October 24, 2012

Kenangan

"jasad dan kehidupan orang yang dah mati adalah kenangan untuk orang yang masih hidup"
 
Benar..kehidupan orang sekeliling aku yang telah tiada menjadi satu kenangan yang cukup indah buat aku..terutamanya kehidupan nenda aku..dari kecil sampai aku besar..tak pernah jemu aku akan bebelan nenda..walau aku jahat..nenda tetap sayang aku.

Tuesday, October 23, 2012

Monday, October 22, 2012

Pagi Kopi

"Di suatu pagi..segelas kopi..aromanya wangi..sambil sambil otak terfikir..apa nak jadi lagi dengan hari ini"...

Peringatan Sementara

"Jangan lupa org yang pernah buat lu gelak hari hari dulu..ingat sesekali pada dia"

Sebalik Rupa

Berparut luka tanganku biarkan
bercarik baju ku biarkan
berkoyak rabak seluarku biarkan
berkaki ayam aku biarkan

bila takala bercomping camping
berhodoh jijik berkusut masai
berambut panjang mengurai
berbau busuk bangkai

dipandangnya hanya sebiji mata
dituduhnya manusia tidak mulia
berkeji zahir hina tak terkira
kerana peribadi buruk semata

disebalik hanyir bau itu
terselindung wangian bau setanggi
harum semerbak menusuk diri
sewangi bau haruman kasturi

dibalik camping berhodoh rupa
sembunyi satu sifat mulia
hati suci baik perkertinya
budi tulus akhlak dirinya

Sunday, October 21, 2012

Perhitungan

Diantara ruang hidup dosa pahala
tersirat seribu tanda tanya
tersurat seribu wajah rupa
tertulis seribu duka nestapa
terlukis seribu ceria gembira


Disetiap langkah kaki
mengaris tapak seribu erti
mencorak jejak penuh misteri
meninggal kesan sebuah memori


Disetiap gerak tangan
pelbagai hulur jenis salaman
bermaksud luar atau simpan
menjadi kekuatan sang impian


Disetiap gerak tubuh
memain lenggok cerita utuh
rasa syurga dunia yang teguh
berbangga dada bertegap tubuh


Disetiap cerita bibir
tidak pernah untuk merasa getir
berkata handal bermulut mahir
bermadah angkuh bekata kafir.


Setan Kangkang

Sial apakah aku?
babi apakah kau?
aku cari..aku selak..
dicelah almari di bawah rak
di tengah tengah di bawah sampah
di tepi celah di atas rumah.

manaa...manaaa ya! manaaa?
jerit aku manaa?
kau kata ada wujudnya dia
kau kata ada datangnya dia
tapi mana?..

apa aku tikus?
bisa dipancing umpan masuk ke sangkar?
terkapit badan bila melakar..
terkunci rapi termakan umpan

apa aku sang kucing?
di bagi ikan bila lapar?
bisa dibelai bila rindu
bisa dihalau bila jemu..

 heyy!
apa matamu buta
antara haiwan dan manusia
terencat akalmu gila!

hati budimu sudah mati!
celaka kau wahai babi!
melaknat aku tak terperi
seperti aku buta tuli!

insaflah kau dengan segara
sebelum kapan menyarung tiba
sebelum nadi dicabut mati
sebelum budi dihisab kali
terbuka pintu neraka keji!


Saturday, October 20, 2012

Kekasih Kota Barat

kekasih di kota barat.
disaat aku  pagi bersama matahari
kau disana malam bersama sang rembulan
jauh kita merentas awan

kekasih di kota barat
buat aku rindu tanpa jemu
jadikan aku rindu selalu

kekasih di kota barat
pernahkah kau terfikir..
pernahkah aku difikir
pernahkah akan kita berjumpa?
aku jauh dikota asia..
kau jauh dikota barat

kekasih di kota barat
moga kau selamat
moga kau sihat sihat
moga kau maju jaya
moga kau berjaya disana

kekasih dikota barat
bila kelak kau berjaya
jangan lupa aku di asia..





Friday, October 19, 2012

Nota buat bintang

di risau petang hujan
risau hujan pada siang..
risau siang pada malam
risau malam pada bimbang.
bimbang malam pada bintang..

malam ini mungkin bintang tak lagi datang..
malam ini mungkin bintang tak kunjung pulang
di tanya kepada mereka.."mana bintang tak datang?".."mana bintang tak pulang?"
mana pergi bintang manis..
adakah bintang sudah lupa..
adakah bintang sudah lupa
adakah bintang sudah lupa..
adakah bintang sudah "LUPA"

janji aku pada bintang selalu ada pada bintang
janji bintang pada aku?
diam seribu sepi membisu
persoalannnya apa bintang sudah menipu?
janji bintang pada aku setia teman di malam pilu..
tapi bintang "TIPU"

kini apa yang aku pasti
bintang tak lagi muncul kembali
bintang tak lagi datang kemari
bintang tak lagi datang ke sisi
bintang tak lagi datang temani sunyi

terima kasih bintang
walau kau tak datang
aku masih lagi sayang bintang





Duduk Petang

Sambil duduk duduk petang seperti seorang wakil rakyat di tengah kuala lumpur..tiba tiba gua idamkan duduk duduk petang di chow rasta penang.."betui bak ang!"..


ChowRasta Penang

Thursday, October 18, 2012

Catitan Petang

"Setiap sesuatu yang berlaku ada lebih kebaikannya"..sorang brader berkata pada gua.

M.A.K.A.N

Kalau gua Tuan kaya raya

Gua bagi yang lapar lapar

Gua bagi yang kosong kosong

Gua bagi yang lopong lopong

"M.A.K.A.N"



"Kalaulah aku kaya"

Benci Kuala Lumpur

Di saat gua rindukan angin Singapura
Gua benci kuala lumpur
Di saat gua rindukan pulau
Gua benci bising kota
Di saat gua perlukan angin baru
Gua benci angin lama
Tolong hidupkan semula yang "baru-baru".


Disuatu tempat atas bandar kuala lumpur.

Monday, May 21, 2012

Nota untuk Tuan PM

Nota untuk Dato Seri Perdana Menteri..Tuan PM apa sudah jadi? sana protest,sini protest,situ protest...semua protest..semua mahu ikut protest..Tuan PM,apa sudah jadi kalau negara ini kucar kacir?..dia mula,sana lawan..sana mula, sni lawan..Tuan PM,apa sudah jadi kalau yg sini tak mahu berhenti..yang sana makin menjadi-jadi,yang sini makin menjadi-jadi bila yang sana sudah menjadi..Tuan PM kenapa jadi begini?..kenapa jadi begitu?..kenapa itu?..kenapa ini?..Tuan PM,kenapa negara saya jadi begini hari ini..saya mahu jawapanya..semakin hari semakin teruk,semakin hari semakin parah..Tuan PM kenapa skarang jadinya begini,apa sudah jadi? mereka yang mahu cakapnya di dengari tetapi tidak di ikuti..Tuan PM,saya juga seorang rakyat..saya juga punya mata,hati dan telinga untuk di tahu jawapannya kenapa jadi begini?Tuan PM,apa sudah jadi??
p/s: apa sudah jadi kalau begini,lagi 10 tahun...apa akan jadi?

Thursday, April 12, 2012

TURUNKAN TANGANMU GENERAL


"Turunkan tanganmu genaral"
Turunkan tanganmu general, 
Tidak perlu kau hormat siang dan malam pada mereka, 
Kerana mereka lupa siapa engkau pada mereka, 
Turunkan tanganmu general, 
Apa lagi yang engkau tunggu..mereka tetap tidak edahkan mu,
Kerana kamu sepi di mata mereka, 
Turunkan tanganmu general!!, 
Hentikan tabik hormat pada bangsamu yang lupa pada asal dan usulnya, 
Turunkan tanganmu general, 
Bila sampai masanya nanti..pasti mereka mengangkat tangan padamu..

Sejarah kita di putar belitkan?

Bapak Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan ulung yang berasal daripada kaum buruh. Pada akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah British, dan kemudian, fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat. Pada tahun 1955, beliau telah ikut serta dalam Rundingan Baling yang berlangsung antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan berperintahan sendiri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Hari ini, beliau tetap dengan gigih berjuang demi kebebasan, demokrasi, keadilan masyarakat serta perdamaian dalam negeri yang diidam-idamkan rakyat tanah air kita.