Thursday, April 12, 2012

TURUNKAN TANGANMU GENERAL


"Turunkan tanganmu genaral"
Turunkan tanganmu general, 
Tidak perlu kau hormat siang dan malam pada mereka, 
Kerana mereka lupa siapa engkau pada mereka, 
Turunkan tanganmu general, 
Apa lagi yang engkau tunggu..mereka tetap tidak edahkan mu,
Kerana kamu sepi di mata mereka, 
Turunkan tanganmu general!!, 
Hentikan tabik hormat pada bangsamu yang lupa pada asal dan usulnya, 
Turunkan tanganmu general, 
Bila sampai masanya nanti..pasti mereka mengangkat tangan padamu..

Sejarah kita di putar belitkan?

Bapak Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan ulung yang berasal daripada kaum buruh. Pada akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah British, dan kemudian, fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat. Pada tahun 1955, beliau telah ikut serta dalam Rundingan Baling yang berlangsung antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan berperintahan sendiri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Hari ini, beliau tetap dengan gigih berjuang demi kebebasan, demokrasi, keadilan masyarakat serta perdamaian dalam negeri yang diidam-idamkan rakyat tanah air kita.