Sunday, October 28, 2012

Anak Kecil

Benar aku si pencuri itu..
mencuri sebiji gula gula
kenapa mencuri?
kerana aku tak punya duit..
kenapa tak punya?
kerana aku orang miskin

bapak ku pengutip besi buruk
ibu ku pencari botol kosong
keluargaku tidak kaya..
keluargaku tidak punya harta
keluargaku papa kedana

tapi aku juga mahu gembira
seperti kanak kanak lain
bisa makan enak enak
bisa makan manis manis
tapi aku miskin

apa yang mampu hanya nasi dan garam
itu jika mampu,jika tidak hanya ubi rebus
kenapa aku begini?
salah Tuhankah?
salah bapakah?
salah ibukah?

aku mahu sekolah
tapi aku miskin
aku mahu baju baru
tapi aku miskin
aku mahu mainan baru
tapi aku miskin


walau aku miskin
aku masih syukur
punya keluarga tempat berteduh
aku punya Tuhan
aku punya suatu hari yang aku berjanji
suatu hari nanti keluargaku tidak lagi begini.


Anak kecil,dia juga punya keinginan.





No comments:

Post a Comment