Monday, October 22, 2012

Sebalik Rupa

Berparut luka tanganku biarkan
bercarik baju ku biarkan
berkoyak rabak seluarku biarkan
berkaki ayam aku biarkan

bila takala bercomping camping
berhodoh jijik berkusut masai
berambut panjang mengurai
berbau busuk bangkai

dipandangnya hanya sebiji mata
dituduhnya manusia tidak mulia
berkeji zahir hina tak terkira
kerana peribadi buruk semata

disebalik hanyir bau itu
terselindung wangian bau setanggi
harum semerbak menusuk diri
sewangi bau haruman kasturi

dibalik camping berhodoh rupa
sembunyi satu sifat mulia
hati suci baik perkertinya
budi tulus akhlak dirinya

No comments:

Post a Comment