Sunday, December 30, 2012

Jadi Rockstar hebat

"Hendak jadi orang hebat..tak perlu kena dadah"..

ya,aku punya sahabat..kenal sudah lama
main musik sama sama..
otak juga sama gila..

wahai sahabat..engkau dah jauh jalan..
jiwamu dengan musik bukan cikai cikai..
nafsumu dengan gitar memang aku tak boleh sangkal.
semua kord gitar kau boleh bedal..

wahai sahabat..engkau benar benar ligat..
gaya "rockstar"mu buat semua mata terpikat..
rambut panjangmu yg  berselirat
buat orang tak henti melihat..

tapi sahabat..kau dah jauh sesat..
kau punya satu sifat..
yang buat aku tak selesa nak lihat..
yang buat aku rasa "lu.. gua nak rembat"..

kau kata dia bagi semangat
dia buat kau hebat..
dia bagi kau idea pekat likat
boleh tulis lagu penuh hayat

wahai sahabat..aku berdoa untuk mu
supaya kembali sihat..
tak perlu guna "ubat kuat"
untuk kau jadi hebat..

akhir kata sahabat
pulanglah kedunia asal kita
disini penuh khayalan semata
sedutan dadah itu hanya derita sebenarnya
yang bakal menjelma bila kau kelak tua...




No comments:

Post a Comment