Sunday, December 29, 2013

Kalau Bisa

Jika kau bisa ditekan tekan
bisa di scroll downkan
bisa di sleep buttonkan
bisa di control enterkan
bisa di chargingkan

pasti aku simpan dalam bag laptop
yang aku usung setiap hari itu.


Hujung Tahun Tahun Baru

Hujung Tahun Tahun Baru

berbaki sisa beberapa hari
aku seperti mahu lari
dari semua yang apa bakal aku hadapi

beberapa hari sebelum Tahun Baru
otak masih tepu..masih beku
lidah makin kelu..mulut makin bisu

Ya Tuhan..
mohon lapangkan yang sempit,
cairkan yang beku tepu
lancarkan yang kelu bisu.

tahun baru ini
jika Tuhan izinkan
aku mahu jalan lancar tanpa sekatan dari SETAN.

Mohon Ya Tuhan,


Dalam Dan Didalam

dalam dendam harus ada kebenaran,
dan dalam kebenaran harus ada kejujuran
dan dalam jujur perlu ada ketaatan....

Saturday, November 9, 2013

Dasar Manusia

"manusia sekarang berlumba jadi Tuhan,menghukum manusia ikut suka badan"

Dasar Setan!.

Masih

Masih ada walau sepi
Masih ada walau diam tak berbunyi

 Ya Masih..

Thursday, October 17, 2013

Hakikat

Perempuan...

Banyak yang mahu kahwin sama putera raja macam cinderella

Hakikatnya..

Banyak yang dapat penyamun haprak.

Saturday, August 31, 2013

Di peluk sore salju

Di sore itu, hujan turun pelahan lahan membasah sayu bumi.
aku baring sambil mata ditutup dan telinga disajikan lagu "Aku milikmu" dari Iwan Fals.

ini tenang...cukup tenang.
tidak seperti selalu..ini tenang dari sebelumnya...


Tuesday, August 6, 2013

Dulu tempat ini tersorok dan terpelosok,

dan aku tinggalkan dia berhabuk

hari ini....

aku pulang di "RUANG"..pelan pelan lap berulang ulang..

percayalah "RUANG"...walau kau bisu..kau masih aku menatang sayang..

Tuesday, June 11, 2013

jalan

"Jalan aku lurus tapi sebenarnya berbengkang bengkok"..

-matikutu-

Sunday, June 2, 2013

#Kau

Ya..kaulah yang aku ingin dosa dan pahala bersama...


dan


kaulah yang kau ingin syurga dan neraka bersama.. 


ya..kau..

Sunday, May 19, 2013

#Bebas

"Angkat tangan tutup mulut..takut dituduh akta menghasut"..



p/s : Akta Hasutan 1948 

Tuesday, April 23, 2013

Kukur Kufur

Menulis sampai mana boleh tertulis
conteng sampai mana boleh tercanting
pekik sampai mana boleh memekik
laung sampai mana boleh melolong

terhunus pelan pelan tersusuk rodok rabak
perit terketip gigi terkacip 
termadah kata padah resah gelisah
kelu lidah terkedu rasa nyah syahdu

riuk pikuk senget benget lentur tulang
cuba lurus,ulang ulang sampai letih ruang
biar penat jadi hujung,lelah tidak bersanjung






"Bersila bersitar aku dengan lenggok irama merdu perindu"...

Sunday, April 21, 2013

Kita

Disini aku melihat aku,
kau yang disana memanis senyuman, 
meragut ragut kasih cinta pada yang satu,
menari nari aku disitu.


dipangkin itu sambil mengesek gesek biola kesayangan dan menyanyi

" Andai ku seorang raja..kubina sebuah istana..
  yang didalamnya mengalir sungai tenang dan 
  damai seperti syurga"...


*senyum* 



dipangkin itu sambil meniup niup seruling kesayangan dan menyanyi

"Andai ku penglipurlara..ku karang puisi cinta..
 kan ku lagukan dan ku dendangkan..
 buat penawar duka nestapa"...



damai ini paling indah

 #ES

Tuesday, April 9, 2013

Izin

Izinkan aku bahagiakan setiap mereka disekelilingku
agar mereka terus gembira tanpa duka...

Monday, April 8, 2013

Asal

asal dua dari satu..
asal ada dari tiada
asal separuh dari suku
asal sembilan dari lapan
asal aku dari empunya ciptaan

Friday, April 5, 2013

Rosak

Maaf,

aku juga kadang kala seperti mesin cetak akan rosak pada suatu masa,

aku cuba pelan pelan susun alur jalan hidup kalau ada yang cicir, 

ampunkan aku,

kalau kau tahu itu tidak langsung terniat dari aku,,

silap dosa aku,

mungkin lebih dari satu,lebih dari puluh,lebih dari ribu..mungkin puluh JUTA!


maaf dan ampun...
dari pengatur jalan hidup hitam.

Wednesday, March 20, 2013

Penting Diri

Kau terlalu selesa dengan apa yg kau rasa sekarang
sikitpun kau tak toleh pandang belakang
hiraukan mereka yang bernasib malang


jangan bakhilkan wang ringgit
 ingat kubur itu sempit



otak aku ditiup kata kata rahmat haron
"Apabila kau memberi..sebenarnya kau sedang menerima"



Saturday, March 9, 2013

Lu kena ada anjakan paradigma!

Diruang petak ini  


sambil menjerit pekik pada hati


"hoi! sahutlah la cabaran ini..kalau kau berani mati..lakukan..kalau ini rezeki..aminkan"...


mencari haluan untuk hidup kadang kala agak payah..pelan pelan atur jangan salah..


sampai bila mahu macam ini...pantas hati kata


"hoi!,baiklah..kau tunggu nanti aku bukti..aku sahut! aku sahut! aku sahut.. reti!"



*senyum*


 aku teringat kata kata seorang pensyarah yang dituju khas buat aku

 "Be someone extra ordinary people aizat"- Sir Nur Zahdi Aldin

       





Tuesday, March 5, 2013

Pilih

Apa yang ku mahu
lebih dari satu..
apa yang ku perlu lebih dari rindu

pejam mata biar gelap semua
cari bayang diantara gelita
rasa susuk si kelibat empunya

pelan pelan ramas..
rangkul..jangan lepas..
peluk sampai sukar nafas..

pahala bercampur dosa..
sebati jadi hina paling tinggi
dalam diri bersantun cinta hakiki

lebih sayang dari kasih
lebih cinta dari rindu


pilihlah mana satu yang engkau mahu...

Thursday, February 21, 2013

Belum

tak sama jalan..
belum tentu tak sama tujuan
mungkin kita sama destinasi

tak sama makan
belum tentu tak sama lapar
munkin kita sama kenyang


Sama belum tentu serupa..

belum tentu..paham?



“Who are you to judge the life I live? I know I'm not perfect and I don't live to be- but before you start pointing fingers...make sure you hands are clean!”-Nesta Robert Marley-

Sunday, February 17, 2013

Pecah

Pecah perintah..langgar  suruhan..rempuh! rempuh! rempuh!...


hancur! hancur!


lalu lalang tumbang..


roboh runtuh!

Friday, February 15, 2013

"Aku belajar dari semalam..

untuk hidup hari ini 

bersama harapan hari esok"..

Saturday, February 9, 2013

Pulau itu Pulau

di hingar bingar kota..aku perlukan sunyi
di riuk pikok kota aku perlukan damai

lari sejauh mungkin..lari dari kebiasaan yang selalu terjalin..
tutup mata dengan segala apa yang ada..
langgar tembok yang menghadang didepan sana..


sunyi..


aku ingin memeluk deru ombak pasir pulau
aku ingin bercium panas terik bahang mentari 
aku ingin berasmara dengan keindahan 

diwaktu senja

aku ingin duduk diatas batu..mataku berdepan luas lautan bersaksikan Tuhan..aku sedang bercinta dengan keindahan..


dengan itu aku berharap kau menantiku suatu hari nanti "Koh Samui" :)

Thursday, January 31, 2013

Khilaf

ya Tuhan sungguhnya aku seorang insan
yang sering tergelincir landasan
sering terhasut godaan syaitan
yang sering sesat jalan
tak mampu pertahankan iman

ya Tuhan ampun akan dosaku
ampunkan apa yang telah aku laku
kejutkan aku sepantas seperlu
selimutkan aku dengan zikirMu
payungkan aku dengan hidayahMu

yaTuhan yang menciptakan aku
sungguh aku rasa malu
untuk berdepanMu
tapi yaTuhan
yang Maha Berkuasa
aku sentiasa ingat Mu walau aku dijalan benar atau sesat..

Sunday, January 20, 2013

Satu atau Dua

kau tahu simbol tangan "1 malaysia"..kan?..ini pulak bukan simbol "2 Malaysia"..ini "Peace"..


p/s: jangn kufur nikmat..lihatlah dengan "kedua dua" belah mata..dan bukan dengan "satu" mata..

Saturday, January 12, 2013

Nota Stadium Merdeka

Terima kasih sahabat..diatas laungan keramat..
kita punya satu semangat 
untuk berjuang hingga penamat..
ini bukan janji keparat 
ini satu amanat 
yang sedia tersemat..
Hidup Rakyat!..

Wednesday, January 9, 2013

Apa dah jadi

Apa sudah jadi..
pelukis pelukis di bukit bintang habis disapu hak mencari rezeki..
TAPI pelacur pelacur di bukit bintang bebas kesana kemari jual diri..
wahai Datuk Bandar..
tak kan buat buat "BUTA" tuli atau buat buat tak "RETI"..
Fuh!! gua yang panas "HATI"..

Monday, January 7, 2013

Kehidupan untuk aku

Untuk cinta..semua mahu terbaik buatnya..derita atau bahagia tidak dipedulinya
apa yang  dia tahu cerita cinta harus bahagia..walaupun cerita cintanya hanya mahukan yang indah belaka..tanpa dia sedar dunia  sebenar banyak halangan untuk bergelar seorang pecinta insan..

sudah beberapa kali aku bina kotak asmara..
malangnya runtuh bukan kepalang
lalu aku lari sejauh kaki aku tidak mahu pulang.
aku diambang resah..aku mahu tenang

aku jumpa pondok usang buat aku teduh tenang
terjumpa aku jalan usang tidak lagi diguna orang
pelan pelan aku turuti jalan yang penuh misteri
hingga aku temui penghujung yang indah berseri

aku belajar sesuatu di hujung jalan itu..
kehidupan aku tidak lagi seperti dulu..
cinta aku juga berubah jauh dari apa yang aku tahu..
dari erti diri dan ciptaan Tuhan banyak mengajarku sesuatu

kini cinta aku bukan untuk "sesorang" tapi untuk kehidupan
bertahun aku bercinta sesama insan kini aku ceraikan..
cintaku lebih kepada Tuhan..lebih kepada kehidupan..
yang kini aku sedar,aku cuma seorang insan..ya insan..

*aku mula kenal siapa roh dan jasadku..dan kau bila lagi?









Saturday, January 5, 2013

Nostalgia mat romeo

Lampu kelip kelip..mata silau merelip..telinga pekek bingit..
tahun baru datang lagi..
dia tidak lupa malam pesta

Seperti biasa
dia dengan gaya romeonya
dansa sini, dansa sana
macam orang gila

malam tahun baru datang lagi
dia makin ligat tak nak berhenti
air mabuk dihirup bersama teman sejati
gembira mat romeo sampai pagi

musik bingit saling berlaga
berdentam dentum memecah suasana
kepala dihayun ikut alunan irama
mat romeo hilang kawalannya

gadis gadis separa bogel
bikin matanya terjegel
bergelek asyik sambil begesel
ternyata mat remeo masih jahil..

 kini sudah tahun baru
mat romeo masih disitu
bersama jalan tanpa hala tuju
denga dunia serba palsu

kesian aku melihat si mat
jika dapat aku nasihat
sedarkan kau dari kufur nikmat
percaya Tuhan sebelum dilaknat