Thursday, January 31, 2013

Khilaf

ya Tuhan sungguhnya aku seorang insan
yang sering tergelincir landasan
sering terhasut godaan syaitan
yang sering sesat jalan
tak mampu pertahankan iman

ya Tuhan ampun akan dosaku
ampunkan apa yang telah aku laku
kejutkan aku sepantas seperlu
selimutkan aku dengan zikirMu
payungkan aku dengan hidayahMu

yaTuhan yang menciptakan aku
sungguh aku rasa malu
untuk berdepanMu
tapi yaTuhan
yang Maha Berkuasa
aku sentiasa ingat Mu walau aku dijalan benar atau sesat..

Sunday, January 20, 2013

Satu atau Dua

kau tahu simbol tangan "1 malaysia"..kan?..ini pulak bukan simbol "2 Malaysia"..ini "Peace"..


p/s: jangn kufur nikmat..lihatlah dengan "kedua dua" belah mata..dan bukan dengan "satu" mata..

Saturday, January 12, 2013

Nota Stadium Merdeka

Terima kasih sahabat..diatas laungan keramat..
kita punya satu semangat 
untuk berjuang hingga penamat..
ini bukan janji keparat 
ini satu amanat 
yang sedia tersemat..
Hidup Rakyat!..

Wednesday, January 9, 2013

Apa dah jadi

Apa sudah jadi..
pelukis pelukis di bukit bintang habis disapu hak mencari rezeki..
TAPI pelacur pelacur di bukit bintang bebas kesana kemari jual diri..
wahai Datuk Bandar..
tak kan buat buat "BUTA" tuli atau buat buat tak "RETI"..
Fuh!! gua yang panas "HATI"..

Monday, January 7, 2013

Kehidupan untuk aku

Untuk cinta..semua mahu terbaik buatnya..derita atau bahagia tidak dipedulinya
apa yang  dia tahu cerita cinta harus bahagia..walaupun cerita cintanya hanya mahukan yang indah belaka..tanpa dia sedar dunia  sebenar banyak halangan untuk bergelar seorang pecinta insan..

sudah beberapa kali aku bina kotak asmara..
malangnya runtuh bukan kepalang
lalu aku lari sejauh kaki aku tidak mahu pulang.
aku diambang resah..aku mahu tenang

aku jumpa pondok usang buat aku teduh tenang
terjumpa aku jalan usang tidak lagi diguna orang
pelan pelan aku turuti jalan yang penuh misteri
hingga aku temui penghujung yang indah berseri

aku belajar sesuatu di hujung jalan itu..
kehidupan aku tidak lagi seperti dulu..
cinta aku juga berubah jauh dari apa yang aku tahu..
dari erti diri dan ciptaan Tuhan banyak mengajarku sesuatu

kini cinta aku bukan untuk "sesorang" tapi untuk kehidupan
bertahun aku bercinta sesama insan kini aku ceraikan..
cintaku lebih kepada Tuhan..lebih kepada kehidupan..
yang kini aku sedar,aku cuma seorang insan..ya insan..

*aku mula kenal siapa roh dan jasadku..dan kau bila lagi?









Saturday, January 5, 2013

Nostalgia mat romeo

Lampu kelip kelip..mata silau merelip..telinga pekek bingit..
tahun baru datang lagi..
dia tidak lupa malam pesta

Seperti biasa
dia dengan gaya romeonya
dansa sini, dansa sana
macam orang gila

malam tahun baru datang lagi
dia makin ligat tak nak berhenti
air mabuk dihirup bersama teman sejati
gembira mat romeo sampai pagi

musik bingit saling berlaga
berdentam dentum memecah suasana
kepala dihayun ikut alunan irama
mat romeo hilang kawalannya

gadis gadis separa bogel
bikin matanya terjegel
bergelek asyik sambil begesel
ternyata mat remeo masih jahil..

 kini sudah tahun baru
mat romeo masih disitu
bersama jalan tanpa hala tuju
denga dunia serba palsu

kesian aku melihat si mat
jika dapat aku nasihat
sedarkan kau dari kufur nikmat
percaya Tuhan sebelum dilaknat