Thursday, January 31, 2013

Khilaf

ya Tuhan sungguhnya aku seorang insan
yang sering tergelincir landasan
sering terhasut godaan syaitan
yang sering sesat jalan
tak mampu pertahankan iman

ya Tuhan ampun akan dosaku
ampunkan apa yang telah aku laku
kejutkan aku sepantas seperlu
selimutkan aku dengan zikirMu
payungkan aku dengan hidayahMu

yaTuhan yang menciptakan aku
sungguh aku rasa malu
untuk berdepanMu
tapi yaTuhan
yang Maha Berkuasa
aku sentiasa ingat Mu walau aku dijalan benar atau sesat..

3 comments:

  1. dan Tuhan sudahpun mendengar. Moga baik-baik saja. :)

    ReplyDelete
  2. sokong. tuhan maha mendengar hatta didalam hati sekalipun

    ReplyDelete
  3. moga moga..kerana "dimana ada kamu disitu ada Allah".. :D

    ReplyDelete