Tuesday, April 23, 2013

Kukur Kufur

Menulis sampai mana boleh tertulis
conteng sampai mana boleh tercanting
pekik sampai mana boleh memekik
laung sampai mana boleh melolong

terhunus pelan pelan tersusuk rodok rabak
perit terketip gigi terkacip 
termadah kata padah resah gelisah
kelu lidah terkedu rasa nyah syahdu

riuk pikuk senget benget lentur tulang
cuba lurus,ulang ulang sampai letih ruang
biar penat jadi hujung,lelah tidak bersanjung






"Bersila bersitar aku dengan lenggok irama merdu perindu"...

Sunday, April 21, 2013

Kita

Disini aku melihat aku,
kau yang disana memanis senyuman, 
meragut ragut kasih cinta pada yang satu,
menari nari aku disitu.


dipangkin itu sambil mengesek gesek biola kesayangan dan menyanyi

" Andai ku seorang raja..kubina sebuah istana..
  yang didalamnya mengalir sungai tenang dan 
  damai seperti syurga"...


*senyum* 



dipangkin itu sambil meniup niup seruling kesayangan dan menyanyi

"Andai ku penglipurlara..ku karang puisi cinta..
 kan ku lagukan dan ku dendangkan..
 buat penawar duka nestapa"...



damai ini paling indah

 #ES

Tuesday, April 9, 2013

Izin

Izinkan aku bahagiakan setiap mereka disekelilingku
agar mereka terus gembira tanpa duka...

Monday, April 8, 2013

Asal

asal dua dari satu..
asal ada dari tiada
asal separuh dari suku
asal sembilan dari lapan
asal aku dari empunya ciptaan

Friday, April 5, 2013

Rosak

Maaf,

aku juga kadang kala seperti mesin cetak akan rosak pada suatu masa,

aku cuba pelan pelan susun alur jalan hidup kalau ada yang cicir, 

ampunkan aku,

kalau kau tahu itu tidak langsung terniat dari aku,,

silap dosa aku,

mungkin lebih dari satu,lebih dari puluh,lebih dari ribu..mungkin puluh JUTA!


maaf dan ampun...
dari pengatur jalan hidup hitam.